A(h1n1)
Penularan wabak A(h1n1) yang melanda seluruh dunia termasuk negara kita turut dirasai bahangnya di kawasan operasi Klinik Roban. Walaubagaimanapun setakat ini tiada (TIADA) kes A(h1n1) yang telah disahkan dalam kawasan operasi Klinik Roban.
Dalam usaha untuk mengekang penularan wabak ini, Klinik telah mengadakan pendidikan kesihatan kepada penduduk kampung dan rumah panjang. Selain itu, PPP Y/M juga telah menulis surat kepada semua rumah panjang dalam kawasan operasi supaya berjaga-jaga terhadap wabak ini.
Wabak Chikungunya (23/11/2009)
Setelah digemparkan dengan wabak A(h1n1) kini wabak Chikungunya pula melanda kawasan operasi Klinik Roban. Namun Kawasan Roban tidak teruk terjejas seperti Kawasan Kabong atau Beladin seperti sebelum ini. Walaubagaimanapun, pihak Klinik tetap mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengekang penularan wabak ini. Banyak kes telah dinotikasikan dan (Fogging)/ penyemburan telah dilakukan sebanyak dua kali di kawasan yang terjejas sahaja.